Ads 468x60px

Ucapan KP


(Ucapan untuk Majalah Gemilang 2011/2012)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

                Syukur ke hadrat ilahi kerana limpah dan kurnianya,telah memberikan saya peluan memberi sepatah dua kata dalam Majalah Gemilang 2011. Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua ahli sidang redaksi yang telah bertungkus lumus menghasilkan majalah sekolah pada tahun ini. Tidak lupa juga kepada warga SMK Simpang Bekoh yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung.

                Tanpa disedari, saya telah meranum akal dan mematangkan fikiran di sekolah ini selama 5 tahun. Sepanjang menuntut ilmu, terlalu banyak ilmu yang dikutip yang telah membentuk saya supaya menjadi seorang pelajar yang berdisiplin dan berketrampilan dalam semua aspek samada fizikal atau mental, terutamanya tugas sebagai ketua pelajar amatlah mencabar kerana kematangan dan kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk menghadapi pelbagai situasi yang mencabar. Terima kasih kepada pihak sekolah, guru-guru terutamanya En Mohd Fauzi selaku Ketua Guru Disiplin  yang telah memberikan saya tunjuk ajar dan pengalaman yang sememangnya tidak dapat dijual beli dimana-mana sekaligus menjadikan saya seorang yang komited dan amanah terhadap tugas yang diberikan. Setinggi-tinggi penghargaan buat semua guru di SMK Simpang Bekoh.

                Kepada semua warga SMK Simpang Bekoh terutamanya calon PMR/SPM 2011, berusahalah bersungguh-sungguh kerana setiap usaha yang berterusan InsyaAllah akan diberikan ganjaran yang setimpal dengannya. Dengan penuh rasa rendah diri, saya mewakili suara-suara pelajar tingkatan 5 ingin memohon maaf andai kata ada tersilap bahasa, terlanjur kata dan menguris hati guru-guru. Semoga visi dan misi sekolah kita dapat dilaksanakan agar dapat melahirkan modal insan kelas pertama pada masa akan datang.

                Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan mereka menentukannya sendiri.Akhir kalam, sentiasalah menghormati guru dan tuntutlah ilmu kerana Allah. Semoga SMK Simpang Bekoh bertambah cemerlang,gemilang dan terbilang. 


Sekian , Terima Kasih

MUHAMMAD AMIRUL ASYRAFF KAMARUDIN (K.P , QUATERMASTER , PW KRS)
Ketua Pelajar dan Pengawas
SMK Simpang Bekoh 2012